Selasa, 29 Mac 2011

jersi dulu.....

assalamualaikum w.b.t.

bismillahirrahmanirrahim..

dua tiga hari ni selalu hujan je dekat penang ni..alhamdulillah rahmat drpad Allah S.W.T..bila dah hujan katil memang amt menggoda jiwa.terlena dua tiga jam...dapat messge dari k.ama"ari ni latihan rumah sukan dibatalkan".itulah yang aku tunggu2.

bangun2, buka lappy...apalagi fb...skrng ni memang ak kena bukak selalu fb.fb dah jadi satu medium menyampaikan maklumat dalam kelas ak..siap ade group lagi.sms ni bazir kredit..kata diorang...kalau tak bukak sehari memang akan ketinggalanla jawabnya...(memang menambahkan statik pengguna fb kat malaysia paling ramai antara negara2 lain)

ak tiba2 plak terbuka wall friends kat fb nih..(friends, tp tak kenai pown)
ade la link    http://syazwanadzhar.blogspot.com/2011/03/sungguh-saya-cemburu.html
bace entry dia...sangat terasa.sebab mcm ade kaitan je dengan diri neh.
rasanye ramai juga yang ade perasaan mcm tu.bkn tuan punya blog sahaja.
iman naik dan turun,itulah manusia.tapi kita perlu istiqamah agar tidak terus jatuh menjunam dan menjahanamkan diri.
berbalik kepada diri ini..sepanjang 20 tahun ak melayari hidup dan memegang tittle sebagai seorang hambaNYa,usia remajalah paling mencabar imanku.walaupun ak telah diberi didikn agama sjak dari tadika lagi..namun iman tidak dapat diwarisi.ia perlu dicari.seusai ak di sekolah menengah dulu, mindaku hanyalah terarah kepad pepriksaan semata2.subjek agama yg dipelajari hanyalah untuk peperiksaan semata2,memang exam oriented betull...(dah tersasarr dr tjk sbnr)

pastu bukalah link kawan2 mase maahad dulu..fuhh cayalah..semua hebat2.
medic, engineering,audiologi.......maahad terbeklah....rindu pulak mase pakai tudung labuh kat maahad dulu.

berbalik pada tudung labuh,mase kat sekolah dulu memang ak pakai.
rase selesa,selamat, tenang, perangai pun terjaga.tp, bila dah masuk ipt nih, susah ak nak pakai tudung labuh ni.mungkin kat cni yg pakai tudung labuh boleh dikira ngan jari.namun, semangat untuk menutup aurat dengan sempurna memang ade.tp, memerlukan sedikit keberanian untuk melangkah setapak kehadapan.

insya-Allah,inginku sarung kembali jersi yang telah lama ku tinggalkan itu.skrng ni, ak hanya mampu mengistiqamahkan diri untuk menutup aurat dengan sempurna.dugaan ade di mana2,tapi semuanya bergantung pada kita bagaimana untuk menghadapinya.beruntunglah kepada sesiape yng telah berjaya menyarung jersi itu.ak tabik.tp, mesti diiringi dengan budi pekerti yang elok.
bukannye ape, berdasarkan pemerhatian aku, msyrkt akan memberi berpandangan baik pada mereka yg bertudung labuh ni.tp, manusia tidak sempurna.ak boleh terima.tp, kebanyakan rakan2ku agak sukar sedikit.itulah yg ak selalu perbetulkan,memang susah..sabab diorang dah nampak dan alaminya sendiri.

ape yang penting istiqamah,slow2.tapi perlu ada satu aras untuk dituju.membaca blog islamikni banyak menggetarkan jiwaku, meronta2 mencari sesuatu yang pasti.kadang2 mutiara jernih sering jatuh menjunam dari menara klcc tanpa ku sedari.ak ni bukannya pandai nak bermain kata, membina ayat berbunga2,sekadar luahan rasa yang meruntun jiwa.