Sabtu, 21 Ogos 2010

Bulan Puasa..

Assalamualaikum....
lama mencari bahan untuk menulis lagi...
walaupun assignment melambak-lambak...
aduh tensennya..

walaupun begitu diri ini berusaha untuk melakukan ibadah
insya-Allah....

Ibnu Abbas telah meriwayatkan
bahawa beliau mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Sesungguhnya syurga itu berbau harum
dan dihiasi dengan seindah-indahnya
di dalam bulan Ramadhan
sejak permulaan tahun hinggalah ke penghujung tahun tersebut
untuk menyambut kedatangan bulan yang mukia itu.
Pada malam pertama bulan Ramadhan itu,
maka bertiuplah satu angin dari bawah arash
yang dipanggil musirah dan tiupannya menyebabkan
daun-daun didalam syurga bergeseran dan
gagang-gagang pintu mahligai di dalam syurga berbunyi-bunyi
dengan bunyian yang tidak pernah didengari sebelum ini.
Bidadari-bidadari syurga yang berhias-hias pada malam itu tersebut
akan keluar ke anjung mahligai di dalam syurga
lalu menyeru; adakah sesiapa (dari kalangan hamba allah)
yang berdoa pada malam ini agar kami mengahwini mereka.
Kemudian bidadari itu pun menyeru; wahai Ridwan (malaikat penjaga pintu syurga),
malam apakah ini?, jawab Ridwan sambil bertalbiah;
Allahumma labaik, sesungguhnya inilah malam pertama
di dalam bulan Ramadan
di mana pintu-pintu syurga akan dibuka kepada mereka yang berpuasa
di dalam bulan Ramadan dalam kalangan umat Muhammad s.a.w.



Subhanallah.....
saya menyeru diri sendiri dan pembaca
agar memperbanyakkan amalan
di bulan Ramadan yang mulia ini..