Isnin, 13 Disember 2010

keramahan biar kena pada tempatnye....

assalamualaikum...


sempena cuti sekolah yg pnjang ni,banyaklah aktiviti yang tertanguh dapat diselesaikan.
ak pun dah pergi jabatan pendaftaran, buat i.c. baru.
yg lama tu dah kuning sangat..
kesian ak tngk...

kat jabatan pendaftaran tu, adelah sorang pakcik ni,
dia temankan anak dia,
anak dia hilang i.c.
ak ni nak buat yg baru,
pastu dah selesai ambk gmbar,ak pun nak kluar la,
tp dia ckp kat mak ak,
"tunggulah kejap, dia tngh print kertas tu,seminit lg siaplah tu"
ak pun pelik + hairan, sbb makcik kat kaunter tu tak bgtau ape pun.

p.c. tu plak mcm nak mrh je bila ak nak pergi.
abng ak pun tanyala m.c. tu balik.
dia ckp,yg p.c. tu, anak dia hilang i.c.,
so, kenalah tngu untuk dapat kerts tu.
ak pun x tahu krts ape.

apalagi,p.c tu malu tak tersipu2.
ak hanya menggeleng2kan kepala.

mak ak ckp p.c tu nak menunjukkan keramahannye.
ye ke?
nasib baiklah   tak ramai orng.
ak kena tngu dalam masa 20 hari, barulah i.c. yg baru tu siap.
yeh yeh.....=)

Selasa, 30 November 2010

cincin dan kuku panjang.

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..



sunnah nabi jarang... nak ikut ..



Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppsskhinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kukuyang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untukkesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.



The Truth



Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau punhanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lag imenggunakan tangan untuk beristinjak.



Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makananseperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.



Percayalah.



Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan danmahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita ataulelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.



Additional info

                                                                      cantikkah???
 
                                                                    
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalamnajis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilangwalaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalahberkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Initak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..



Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudahbernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , NabiMuhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakaicincin pakailah di jari



1] jari manis2] jari kelingking (anak jari)





dan jangan memakai pada jari1] jari tengah2] jari telunjuk



Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yangdilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.



Perhatian



Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.



p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.



DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....



((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:



لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)



Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))



wallahu a'lam.TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Khamis, 18 November 2010

salam aidiladha semua...
rsanye blum terlambat lg kut.

raya haji bg ak thn ni tak best sngat..
abang ak balik kejap jer..
mlm raye blk,pastu raye ke2 dah pergi..
adik ak yg ketiga plak SPM thn ni..
so,takdelah nak jln2 sngt...

ak pown kena ajar dia..
tak kesahlah.. sambil2 practise nak mengajar..

oh,itu saje nampaknye,
tak tahu nak tulis ape.
balik kat rumah ni,taknak ingat dah kat IPG.
nak relax puas2.
nak mengasah skill memasak yang dah tumpul ni...
nak masak makanan yg ak dan family ak suka..
bubay

Khamis, 11 November 2010

ape ni?

tiba2 je telefon ak bergetar...menandakan ada sms.

ignaciagiovagnoli249 would like to add u to his/her friend list.
reply with:
Y to accept only
A to accept and add this user to your friend list.

ak pula tekan A.senduk betul.
nilah antara perbualan ak ngan dia.
pastu ak blah.


ignaciagiovagnoli249: I love chatting with new people.. Would you like to chat today? Where are you from?
Afirah afryl: yes i'am.
Afirah afryl: i come from malaysia
ignaciagiovagnoli249: im from modesto california : )
Afirah afryl: how did u get my ID
ignaciagiovagnoli249: Can i ask you a quest?
Afirah afryl: what's that
ignaciagiovagnoli249: Do you like big booty girls with big tits? lol seriously cuz thats what i am/have..Is that too much for you to handle?
Afirah afryl: are u male or female
ignaciagiovagnoli249: Do you know what a whooty is? Would you like to see me i'll show you my Whooty....
Afirah afryl: i dont know
ignaciagiovagnoli249: lol Whooty is a White Girl with a BOOTY! i wanna show u mine...
Afirah afryl: is that a doll
ignaciagiovagnoli249: ok let me set up my camera for you honey..
Afirah afryl: sory,could u answer my question first, are u male or female
ignaciagiovagnoli249: um goto http://www.acceptinvite.com/ajnva and we can go 1 on 1 chat. Just click Accept Invite on the left!
Afirah afryl: sory, i can't chat with someone i don't know
ignaciagiovagnoli249: Don't worry baby its free to join this site all you have to do is register
Afirah afryl: sory,my internet connection is not good. it's raining now.
ignaciagiovagnoli249: fill out your cc info baby for Age verification ONLY, your card will not be charged.. ok i'm ready for u now
Afirah afryl: Oops! This page appears broken.that's what i got.
ignaciagiovagnoli249: What color Panties do you think i should wear? i might have you favorite color here somewhere...
Afirah afryl: pink
ignaciagiovagnoli249: I'll do anything you want me to do.. Do you see me? I can't chat with you on the site till you register
Afirah afryl: do what
ignaciagiovagnoli249: Baby I'm So Horny right now! Do Whatever You have to, to get in! i'll spank my ass till its red for u!!!
Afirah afryl: sory, i think u got the wrong person to chat.
ignaciagiovagnoli249: Your such a good boy, i'm gonna show you what good boys deserve.. i'll be waiting for you on the site...
Afirah afryl: oh, God. once again u misunderstood
Afirah afryl: i'm a girl
ignaciagiovagnoli249: i'll be waiting for you! Goto http://www.acceptinvite.com/ajnps and Join!
Afirah afryl: i'm not interested.sory.

ak plak terkapai2 cari makna dalam kamus.
jumpa tapi tak paham...adoiii..
tapi ak pahamla apa yg dia nak..
padan muka ak,
accept sangat..

pengajarannya....(untk ak)
jangan pakai accept jer..

Selasa, 9 November 2010

jalan2....again.

assalamualaikum...

lama weh ak tak update blog.
iyalah exam,hajat nak update semalam,tp internet lemsi
tension ak,trus tutup laptop...pagi mcm ni tak ramai yg on9..

alhamdulillah 3 paper dah abis.
tinggal 1 je lagi.
ak pun dah start mengemas2 apa2 yg patut.
baju kurung semua dah smpan dalam beg.
wuh, excitedb giler nak blk..
maklumlah dah dekat 2 bln ak tak balik..
rindunyer kat family bukan kepalang..

kemas punye kemas,rupenyer dah tak cukup space.
baju dah semakin bertambah...
ishhh,ni baru sem3,
ada lagi 4 thn..

so, ak decide nak beli beg lg satu,
senang nak isi barang,dan kalau sem depan pindah blok,
tak payahla ak susah2 nak angkat brg,tarik je beg tu.

where to go?
ermmm nampaknye Penang Road lg destinasi pilihan.
lgpun ak keluar ngan bestpreng ak,nisha..
bolehla tawar-menawar..huukss.

Sabtu, 30 Oktober 2010

exam time....

assalamualaikumm

gembira rasanya bila dengar The Red Warriors menang!!! tahniah..

sebenarnya malas nak update blog nih..
tp dah terlanjur bukak...
updatela...

esok final exam dah bermula...
tp sem ni rlax ckit sebab setiap subject,gapnya seminggu..

o.k. itu aje. nak bace buku plak..

bubay..

Selasa, 26 Oktober 2010

it's all about u...

       i hate u
but i have to love u
 i can't stop thinking of u
u know
it takes time to understand u
to know your family and your relatives deeply
Faradays, Lenz, and Bohr always make me feel dizzy and vomity

but, i never blame on u
they are your family
& to be parts of your family
i have to understand them
Coulomb and Kirchhoff had passed away, so sad....
unfortunately, photons and nucleons are waiting for me...



it's all about u.......pHySiCs......






Ahad, 24 Oktober 2010

single,mingle,pringle

assalamualaikum..
pagi ni ak segar dan ceria.heheh..

tajuknya adalah single..it's my status.
individual: being or characteristic of a single thing or person,that's the definition

sebenarnya saje je ak pilih tjk ni,
gembirakah orng yg memegang status single nih?
tiba2 ak teringat masa ak kat secondary school dulu.
mase tu, bila ak tngk orng yg dah kawin, ak bermonolog"kalau dah kahwin,takleh nak kluar,tak bebas, kalau nak pergi mana2 mesti dengan suami".
itu pemikiran orng yg belum matang lagi.hehhehe...



                                                                    single is better...

                                       

tapi, bila dah nak masuk umur 20-an ni,rasanya sangat berbeza drpd yg ak rasa dulu,
rasa sunyi,ingin disayangi,ingin menyayangi,
tapi alangkah baiknya kalau kita dapt memberikan perasaan ini kepada Yang Maha Esa.
dapat mengingatiNya setiap saat.
tapi,kita hanya manusia yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan,
fitrah manusia untuk disayangi dan menyayangi.

mase ari sukan aritu,ak ada berborak ngan kakak KPLI.
dia course math,orng selangor,tp kahwin ngan orng Penang.
skrng dah sem2.dia ambk KPLI ni pun sbb nak kahwin.
nasib baiklah KPLI ni setahun je.
kakak tu kahwin bln2,dia msk IPG ni bln 1.
bapak ak dulu pun masuk KPLI mase mak ak tngh mengandungkan abang ak,5 bln.

 kakak tu cakap(lupa nak tanya nama), mase kita single2 nih kita akan rancang nak smbng belajar, nak kmpl duit, nak gaji tinggi2 dan seterusnya....
tp, satu je yg kita akan rasa....sunyi.
time nilah kita akan rasa mcm tak berguna je semua yg kita rancang,tanpa seseorang dsisi untuk berkongsi.

ohh..jiwangla plak ak pepagi buta nih...

Sabtu, 23 Oktober 2010

give me some sunshine

saari umar hum
marmar ke jee liye
ek pal to ab humein
jeene do
jeeno do


na na na na
na na na naa
give me some sunshine
give me some rain
give me another chance
i wanna grow up once again


best tak lagu ni?
nisha tlng download untk ak,
thanks a lot sha.
maksud lagu ni
(seperti yg diberitahu oleh  nisha)
kita dilahirkan untuk mati,tapi pada masa yang sama, kita boleh hidup bersama.

jalan2....

assalamualaikumm.........

gatal plak tangan nak menaip.
pagi tadi baru je berlangsungnya hari sukan IPG Kampus Pulau Pinang,
tahun ni buat kat IPG je, jimat duit..(memang takde duit)..
semalam abis je kelas,terus naik bas ngan kawan ak pergi Penang Road
beli barang2 untk rmh sukan
letih sangat...
kalau nak shopping kat Penang Road,kena jalan la ckit..tapi berbaloila, sebab barang kat ctu murah
pastu pergi plak ngan orang Penang kan...bolehla tawar-menawar


sampai je kat Penang Road,kami naik bas free untk ke ke Padang Kota,
sebab takde bas direct dari Recsum ke Padang Kota..
pastu patah balik ke Penang Road...
perut dah berbunyi,so kenalah cari tempat nak makan..
taklah susah sangat nak cari kedai makan kat ctu..
jalan ckit je, nampakla REstoran Line Clear..
restoran ni agak tersorok ke dalam..
so,kenalah masuk dalam..
takde aircond.open air..tapi ada kipasla...
sampai je kat ctu, aku "keblurran".
sebab tuan kedai cakap dalam bahasa Tamil.tapi ni restoran mamakla..
tiba2 kawan ak gelak,
ooo..patutla,Nisha faham apa yg diorang ckp.

pastu kami order nasi putih ngan ayam goreng,kuah campur..harganya RM 5.40.
agak berbaloi,sebab ayam dia besar dan rasa dia punya rempah...
pastu kawan ak order cendol.dan ak order ABC.RM 2.00 setiap satu..
cendol dia sedap...ABC tu o.k.la..
nisha ckp ABC kat ctu paling famous.tuan punya ABC tu sepupu mak dia..
pastu ak sempat tngk kat dinding kedai tu...rupanya kedai ni memang famous..sabab ramai jugak orng2 famous yg dah datang makan kat ctu..
antaranya, jehan miskin, raja azura,dan ramai lagi...(ak pun dah tak ingat)..

pastu pergila Mydin nak beli bunga mangga,
selesai beli brng kat Mydin, jalan lagi pergi ke Kamdar nak beli kain nak buat kain rentang..
jalan punya jalan ...ahhh zohor, lupa plak bila dah shopping nih.cepat2 kami jalan pergi ke masjid.
jarak antara kedai dengan masjid2 agak jauhla..
sebab tula kami terpaksa pergi beli brang dulu barulah solat...


sebenarnya ak dah lama nak makan nasi kandar kat Restoran Kapitan,,
tapi tak berkesempatan lagi.
takpelah, lgpun ak kat Penang ni 4 thn lagi.masih ada masa lagi nak jalan2.
plan sblm raya lagi.
tapi tak pernah menjadi.
biasalah...manusia hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan.

Isnin, 18 Oktober 2010

untittled

bismillahirrahmanirrahim..

tak tahu sebenarnya nak tulis apa + malas nak menulis..
semalam group punya oral...aduss hancus..
memang tak puas hati
timing cepat sngt dan penyusunan tak teratur
malas nak komen benda yg dah lepas
ari ni individual, harap dapat buat lebih baik lagi.


bangun pagi2 tak tahu nak buat apa, so buka la laptop ni.
tengoklah ak punya blog,
kononnya nak ubah design, ntah jadi apa
last2 ak biarkan saja mcmni.hodoh benar rupanya.nak baca pun tak lalu.
tengoklah kalau ak rajin, ak ubah balik.











ak telah berjaya menutup terus twitter punya account.
twitter ni lain ckit,ak ingat boleh deactivate balik, tp takleh rupanya,
kalau nak, kena sign up balik,
baguslah....

fb ak dah deactivate,sama gak ngan formspring,
takde pekdah langsung,
tinggal je blog kesayangan ak nih.walaupun ak malas nak menulis,tp kadang2 ak bukak gak,
blog walking.....seriously buka blog ni banyak memberi faedah kat diri ak.
terutamanya blog walking kat blog islamik,, dapat menambah ilmu pengetahuan.
selain itu, ade blog politik,kadang2 tu kita dapat tahu kebenaran yg sebenarnya bila baca blog macam nih.berita yg ade kat paper bknnye leh caya sngat.kadang2 jauh tersasar mcm langit ngan bumi,

bila ak review balik sebab ak buka blog nih, rasa cam kelakar plak.
sebenarnya ak nak follow blog kawan ak,blog dia islamiklah.
tp ak tak nak dia tahu,
pastu bila dah lama2 camni, barulh ak sedar kalau ilmu tu takde, camne nak kongsi ngan orang lain,nak harapkan ak baca buku,huh..buku wajib ada atas meja ak ni pun last minute nak exam baru ak baca,fizik,kimia, bio.


apa yang ak dah merepek nih????
haiyya...
ak rasa satakat tu saja...
sekian, ana mengundurkan diri..(aik, sejak bila plak ak guna 'ana' nih?)
terima kasih.

Rabu, 13 Oktober 2010

sambungan

minggu yang penuh dengan keresahan sudah berakhir...aminnn.

ari ni ak nak crita pasal "apa yang TIDAK patut dilakukan untuk menurunkan berat badan"

1. jangan asyik kata "saya akan bermula pada esok", tapi katakan bahawa saya akan bermula pada hari ini, saat ini jua.
(keazaman dalam diri sngat penting)

2. jangan makan makanan ringan yg terlalu banyak. jngn mdh terpengaruh ngan promosi yg ada kat pasarraya,percayalah..ak dah kena..mula2 nak beli oat je.pastu ha...PROMOSI SEMPENA DEEPAVALI... 2 for RM5. biskut tiger,mister potato, chipsmore...palagi....telah menjerat diriku...sedar2 dah satu beg dah penuh..

3. jangan sesekali mengabaikan makanan anda,,,nak diet pun kena mkan gak,,tp kena control..lebih2 lagi breakfast...kata ong putih,,breakfast like a king,

4. jngan makan kerana anda letih, @ stress, sebaliknya krn lapar.

5. timbang berat anda setiap hari, nasib baiklah TESCO agak jauh...nak tmbang,20$...

sekian saja...

Rabu, 6 Oktober 2010

bola baling...

seronoknya main bola baling..
walaupun ak tak reti main tapi ak try jugak..
"af..takleh ada 2 orng dalam garisan D"..pekik ref kat ak..hehe..
susah gak jadi goal keeper neh..tiba2 jadi blurr plak time bola nak masuk..

tp ak tabik spring ah kat team ak yg ke2,a.k.a. classmate ak syaz dan rumatenyer..nadia
walaupun korang tak menghadiri kursus tu dngn spnhnya..tapi korang hebatlah..


yg penting, berani untuk mencuba dan jangan takut.
jngn malu untuk belajar, kelak kita jua yg akan rugi
jadikanlah apa yg kita lalui sebagai pengalaman yg berguna untk masa hadapan


untuk menghasilkan memori yang indah,
ciptalah ia mengikut rentak dirimu.
sekian,terma kasih ...B-)

Ahad, 26 September 2010

kerepek2

tajuk takde kaitan ngan entry
ak memang nak meluahkan perasaan ak yg dah lama terpendam ni...
nilah kali pertama blog ni jadi mangsa ak melepaskan geram..
ak agak bengang ngan kawan ak sorang ni..emo tak bertempat..
dia ingat dia sorang ke ada perasaan, ak pun ada gak..


sebelum ni pun ak ada pernah terasa ngan dia..tp ak sabar je..buat dek sebab ak tak nak masam muka ngan classmate sndiri..lgpun kitorang kat ipg ni lama lg..4 thn lg.
so, kalau masam muka...apa yang jadi? merugikan diri sendiri je.
sebab 2lah ak lebih suka ambk sikap diamkan diri aje bila perkara mcm ni berlaku.
walaupun kita nak marah, tapi fikirkan perasaan orng lain juga ..jngan marah je tau..
kita kena tahu jaga perasaan orng lain..jangan hanya pentingkan diri sendiri..
yng penting sabar. innallaha maa'ssobirin.

satu perkara yang kita kena ingat mase kita tngh marah..relax dan jngn fikir psl perkara yng buat kita mrh2..kita hanya akan salahkan orng lain.kita tak akan fikirpun apa salah kita.bila dah cool, istighfar bnyk, baru fikir balik apa yg terjadi..muhasabah diri..adakah ak yg salah?
@ dia..kalau kita rasa kita yg salah, mintak maaf..kalau dia yg salah takpelah..

Khamis, 23 September 2010

turun berat @ berat turun???



assalamualaikum..
ak ada baca psl tips nak trn berat badan kat reader digest.
dan ak rasa nak share..
dah lama baca, tp ni baru berkesempatan nak tulis.

Bak kata Tim Crowe, dietitian & nutrition sciences lecturer
"The best time of the day to exercise is when you can
do it and the best exercise is the one you like
doing and can do regularly"
...ade paham? :)




walking is the simplest exercise.

  1. take 10,000 steps a day.
  2. eat breakfast without fail
  3. never skip meals
  4. on't eat while doing something else
  5. stop eating before you are full
  6. eat slowly/put your fork down between bites.
  7. enjoy your favourite foods in moderation
  8. avoid shopping on an empty stomach.
  9. target easy wins.
  10. always leave something on your plate.
  11. eat with cutlery, not your fingers.
yang ni ak pilih2,dan ak rasa senang untuk sape2 pun ikut.
yang penting kenalah buat selalu.
selamat mencuba!!
ada lagi, tapi malas nak tulis...
nanti kalau ak rajin, ak tulis..B-)

Sabtu, 18 September 2010


lama dah rasanya ak tak menulis kat blog nih.
ak rasa raya thn ni agak bermakna drpad thn2 yg sblmnya.
walaupun essaiment memeningkan jiwa, tp cool aje.
duit raya pun boleh tahan lebat gak.
jenuh ak gtau makcik2 yg bg duit raya kat ak "ala,dah tua, tak payahla"
makcik2 ckp "ala, apa salahnya, belum berumah lg kan?" ak pun menerima dngn hati yg senang dan gumbira,hehehe..(cam bdak2 lak)
malam ni bertolaklah ak ke Penang.
cepat pula masa berlalu, ari2 baru je cbuk shopping ngan bestpren ak kat Penang Road (nisha) beli2 jeruk, kerepek...
ari ni kena gbalik
takpe,lg dua bln lbh balik kelantan plak
penang ngan kelantan bukannya jauh sangat pun
mlm ni, semoga perjalanan ak selamat sampai kat penang.aminn,,
Goodbye....

Khamis, 9 September 2010

RaYer...



Assalamualaikum..
ari ni dah ! 1syawal..so, Selamat Hari Raya to aLl..
raya thn nie sama macam tahun2 yg lepas
cuma thn nie mak ak kurang chat ckit
so, as an elder sister, ak yg main peranan ganti mak ak
semakin meningkat usia ni...raya pun rasa lain
yela.kalau dulu semuanya nak baru dari atas sampai bawah
sekarang nie dah tak kisah dah,,,
pakai je apa yang ada, yang masih elok...elakkan pembaziran
harap2lah ak tak makan banyak raye ni (bolehkah?)
takut badan naik...(biasalah orng prmpuan)
baju ak thn ni 2 je, kalernye ala2 ijau petronas
tp sayang,
tudung yg ak beli tak matching ngan baju,,adoi!!
takpelah pakai je tdng mana yang ade..(sob2)
Akhirnya..
Selamat Hari Raya Aidlfitri..Maaf Zahir dan Batin..

Jumaat, 27 Ogos 2010



Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...
ari ni baru je sembuh dari demam
semalam buka puasa kat rumah En. Mior, pensyarah kimia..
dahaga giler,
dahla ak tak sempat sahur.telan 2 biji ubat selsema,2 biji ubat demam.sedar2 dah 6.30.
naik bas dlm kul 4 ptng. perjalanan mengambil masa sejam je.
En. Mior buat nasi tomato.ak taklah rasa lapar bila tngk nasi2.tapi dahaga sangat..
masuk je azan, terus ak minum air 2 gelas, pastu ak makan tembikai, kuih-muih dan agar2.tak rasa nak makan nasi lnsng,tp takkan tak nak makan kot,
ak ambk je sesenduk nasi, ngan mehun.2pun dah penuh perut rasanya.
pas2 solat terawih kat surau yg berdekatan.surau ni (tak ingat dah namanya) buat witir 3 rakaat mcm maghrib, tp takde tahiyyat awal.imam2 cakap tak kisah buat mcm mana pun, 3 rakaat 2 salam pun boleh, tp yg 3 rakaat tanpa tahiyyat awal ada pendapat yang lebih rojih. lps solat terawih, ada sedikit tazkirah pasal nuzul quran, tp tak sempat nak dengar sampai abis sbb bas tngh tngu.
huhuu...sedihnya
sbb ceramah dia best..
anyway..
tenkiu very much En.Mior...

Selasa, 24 Ogos 2010

tengah2 bulan....B-)

Assalamualaikum...
Sungguh sibuk rasanya kebelakangan ini..
Maklumlah semua kena antar sebelum raya;;
Aduh,tensennya!

Bulan puasa nie memang banyak dugaannya
Duit pown dah nak kering
Tapi,ALLAH itu MAHA KAYA..
"Nak print?". seorang perempuan yang ak kenali bertanya,
"Masuklah",jawabku mesra(koya..)
Aku bukannya buka kedai printer
Tapi kebetulan ak bru bli printer,
Kawan2 plak mntk tlng print, so ak on je.
Bab2 harga ni ak tak berkira sangat
Yang hitam putih, 10$, o.k. tak?
Yg berkaler pulak 20$ kalau ckit kalernye
kalau banyak 50$.

Duit2 ak smpn,
kot2la ada emergency(mcm skang ni..)
Lagipun ak buka puasa kat surau.jimat ckt "bank" ak
tp 2 bkn niat utama
Yg pntng masa buka puasa kat surau2.
happening
kawa2 pun ramai
makan dalam dulang.
1 dulang 3@4 orng

kalo kat rumah takkan nak makan ngan dulang kot!
nanti tak pasal2 mak ckap "dah buang tabiat ke budak ni?"

Ari ni dah 15 Ramadan
10 ari terakhir ni sangat2 digalakkan memperbanyakkan amalan
ak pun berharap ak dpt terus buat apa yg ak sedng buat kat hostel ni bila sampai rumah nanti...Amiiiinn....

Sabtu, 21 Ogos 2010

Bulan Puasa..

Assalamualaikum....
lama mencari bahan untuk menulis lagi...
walaupun assignment melambak-lambak...
aduh tensennya..

walaupun begitu diri ini berusaha untuk melakukan ibadah
insya-Allah....

Ibnu Abbas telah meriwayatkan
bahawa beliau mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Sesungguhnya syurga itu berbau harum
dan dihiasi dengan seindah-indahnya
di dalam bulan Ramadhan
sejak permulaan tahun hinggalah ke penghujung tahun tersebut
untuk menyambut kedatangan bulan yang mukia itu.
Pada malam pertama bulan Ramadhan itu,
maka bertiuplah satu angin dari bawah arash
yang dipanggil musirah dan tiupannya menyebabkan
daun-daun didalam syurga bergeseran dan
gagang-gagang pintu mahligai di dalam syurga berbunyi-bunyi
dengan bunyian yang tidak pernah didengari sebelum ini.
Bidadari-bidadari syurga yang berhias-hias pada malam itu tersebut
akan keluar ke anjung mahligai di dalam syurga
lalu menyeru; adakah sesiapa (dari kalangan hamba allah)
yang berdoa pada malam ini agar kami mengahwini mereka.
Kemudian bidadari itu pun menyeru; wahai Ridwan (malaikat penjaga pintu syurga),
malam apakah ini?, jawab Ridwan sambil bertalbiah;
Allahumma labaik, sesungguhnya inilah malam pertama
di dalam bulan Ramadan
di mana pintu-pintu syurga akan dibuka kepada mereka yang berpuasa
di dalam bulan Ramadan dalam kalangan umat Muhammad s.a.w.



Subhanallah.....
saya menyeru diri sendiri dan pembaca
agar memperbanyakkan amalan
di bulan Ramadan yang mulia ini..

Khamis, 19 Ogos 2010

BiarKan PeRASaan itu PERGi......:-)

entah mengapa tangan ini begtu rajin untuk menekan keybord nih.
sehari dua ni, ak dapat merasakan suatu perasaan yang baru
ak ingin berkongsi sesuatu yang ak rasa merupakan suatu yang berguna buat diriku
berkenalan dengan seseorang
baru je
berutusan dengan sms, sekejap je
tpi perasan yg timbul sudah lain
ak lupa
alpa
pada TUHAN yang telah mencipta diri ini
pada Rsuulullah yang ak sanjungi



ak menadah tangan
memohon pada-Nya
agar dihapuskan perasaan ini pada sidia
jika ianya telah membuat driku alpa padaMu
ak rasa diri ini tidak lagi suci
sedangkan ALLAH menyuruh hambanya MENJAUHI zina


ak bersyukur padaNya
perasaan itu sudah tiada
biarkan ianya pergi.....

Rabu, 18 Ogos 2010

InSaF.........

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW



Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya..

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak
bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku,
adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu....

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.



Hampir keluar air mata saya apabila membaca kisah rasulullah ini…



Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah..


2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas,
Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Aminnnnnn semoga bermanfaat

CiNtA?????

dalam bulan pose ni, tiba2 pulak terasa sunyi.sunyi berjauhan ngan family2 memanglah, tapi sunyi yang ni rasa lain macam je.adakah setiap insan memang memerlukan seorang manusia sebagai teman?dikala usia menginjak remaja menuju dewasa ini, terasala pulak diri ini ingin disayangi,huhuhu...

ak ni tak pernah bercinta
tak reti pown nak bercinta
Sbb mase sklh menengah dulu,semua pelajar perempuan
masuk ipg ni je baru jumpa kaum adam,



tapi,ak berserah kepada-Nya dalam soal jodoh ni
kalau kita ni jenis yang baik,
insya-Allah,tuhan akan bagi kat kita orang yg baik2 jugak...Aminnn,,...
perasaan jeles 2kdng2 dtng gak bila tngk orng lain berpunya,
tapi, ak cpt2 istighfar,
semoga ak tidak menjadi begitu
dan semoga Allah membuka pintu hati mereka.



banyak dugaannya kalau dalam bab cinta ni,
yang penting kita kena kuat dan tabah
mintak denga tuhan agar kita diberikan kekuatan untuk menghadapi
segala dugaan dan cabaran di atas muka bumi ini
terutama sekali apabila melibatkan soal hati dan perasaan ni..

RAMADHAN...


Bulan Ramadhan akhirnya muncul jua.Oleh itu, gunakanlah kesempatan yang ada untuk melipatgandakan amalan kita pada bulan yang penuh barakah ini.Lirik lagu man bai dan raihan ni sungguh menyntuh jiwa dan rasanya sangat tenang dan menginsafkan.Layan......

[ Lirik Lagu ] :: Harapan Ramadhan

RAIHAN & MAN BAI

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Rindu pada family bukan kepalang.Dah 2 bulan tak balik,waaa.... sedihnya tuhan jer yang tau.Nasib baik cuti raya 2 minggu.bleyla raya lama ckit.:).

Sabtu, 31 Julai 2010

MEMELIHARA KETURUNAN



Apabila kita bercinta, sudah pasti kita akan merasa bahagia.setiap pasangan yang bercinta pasti mengharapkan agar hubungan yang mereka jalinkan akn berakhir dengan sesuatu yang menjanjikan kebahagiaan untuk selama-lamanya.tapi harus diingatkan, apabila memilih pasangan hidup, kita kenalah berhati-hati.hal ini kerana, pasangan hidup adalah orang yang akan bersama dengan kita,sehidup semati dengan untuk suatu jangka masa yang agak panjang. Oleh itu, pilihlah pasangan hidup anda sepertimana yang telah disarankan oleh agama Islam. Hal ini sangat penting untuk memelihara keturunan kita. Rasulullah s.a.w. berpesan, apabila seseorang lelaki hendak memilah calon isteri hendaklah memilih yang baik (solehah), daripada keturunan yang baik demi mendapat zuriat yang baik-baik. Antara ciri yang perlu diberi keutamaan dalam memilih pasangan hidup adalah seperti berikut:

BAIK AGAMANYA
sabda Rasulullah s.a.w.: "Kahwinlah dengan wanita yang baik penghayatan agamanya, engkau akan memperolehi ketenteraman perkara : hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.Pililah yang kuat agamanya nescaya ia menyelamatkan engkau"
(
riwayat Al-Bukhari)

Khamis, 29 Julai 2010

MENJAGA KESIHATAN MENURUT ISLAM

sebenarnya agama Islam sungguh indah. Ia mengajar kita segala-galanya.banyak pantang-larang yang kita amalkan pada hari ini merupakan amalan drpd junjungan besar nabivMuhammad S.A.W.Dalam sebuah hadis ada meriwayatkan "Rasulullah s.a.w melarang tidur selepas makan dan sesungguhnya perbuatan itu mengeraskan hati." (riwayat Abu Nuaim).