Sabtu, 30 Oktober 2010

exam time....

assalamualaikumm

gembira rasanya bila dengar The Red Warriors menang!!! tahniah..

sebenarnya malas nak update blog nih..
tp dah terlanjur bukak...
updatela...

esok final exam dah bermula...
tp sem ni rlax ckit sebab setiap subject,gapnya seminggu..

o.k. itu aje. nak bace buku plak..

bubay..

Selasa, 26 Oktober 2010

it's all about u...

       i hate u
but i have to love u
 i can't stop thinking of u
u know
it takes time to understand u
to know your family and your relatives deeply
Faradays, Lenz, and Bohr always make me feel dizzy and vomity

but, i never blame on u
they are your family
& to be parts of your family
i have to understand them
Coulomb and Kirchhoff had passed away, so sad....
unfortunately, photons and nucleons are waiting for me...



it's all about u.......pHySiCs......






Ahad, 24 Oktober 2010

single,mingle,pringle

assalamualaikum..
pagi ni ak segar dan ceria.heheh..

tajuknya adalah single..it's my status.
individual: being or characteristic of a single thing or person,that's the definition

sebenarnya saje je ak pilih tjk ni,
gembirakah orng yg memegang status single nih?
tiba2 ak teringat masa ak kat secondary school dulu.
mase tu, bila ak tngk orng yg dah kawin, ak bermonolog"kalau dah kahwin,takleh nak kluar,tak bebas, kalau nak pergi mana2 mesti dengan suami".
itu pemikiran orng yg belum matang lagi.hehhehe...



                                                                    single is better...

                                       

tapi, bila dah nak masuk umur 20-an ni,rasanya sangat berbeza drpd yg ak rasa dulu,
rasa sunyi,ingin disayangi,ingin menyayangi,
tapi alangkah baiknya kalau kita dapt memberikan perasaan ini kepada Yang Maha Esa.
dapat mengingatiNya setiap saat.
tapi,kita hanya manusia yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan,
fitrah manusia untuk disayangi dan menyayangi.

mase ari sukan aritu,ak ada berborak ngan kakak KPLI.
dia course math,orng selangor,tp kahwin ngan orng Penang.
skrng dah sem2.dia ambk KPLI ni pun sbb nak kahwin.
nasib baiklah KPLI ni setahun je.
kakak tu kahwin bln2,dia msk IPG ni bln 1.
bapak ak dulu pun masuk KPLI mase mak ak tngh mengandungkan abang ak,5 bln.

 kakak tu cakap(lupa nak tanya nama), mase kita single2 nih kita akan rancang nak smbng belajar, nak kmpl duit, nak gaji tinggi2 dan seterusnya....
tp, satu je yg kita akan rasa....sunyi.
time nilah kita akan rasa mcm tak berguna je semua yg kita rancang,tanpa seseorang dsisi untuk berkongsi.

ohh..jiwangla plak ak pepagi buta nih...

Sabtu, 23 Oktober 2010

give me some sunshine

saari umar hum
marmar ke jee liye
ek pal to ab humein
jeene do
jeeno do


na na na na
na na na naa
give me some sunshine
give me some rain
give me another chance
i wanna grow up once again


best tak lagu ni?
nisha tlng download untk ak,
thanks a lot sha.
maksud lagu ni
(seperti yg diberitahu oleh  nisha)
kita dilahirkan untuk mati,tapi pada masa yang sama, kita boleh hidup bersama.

jalan2....

assalamualaikumm.........

gatal plak tangan nak menaip.
pagi tadi baru je berlangsungnya hari sukan IPG Kampus Pulau Pinang,
tahun ni buat kat IPG je, jimat duit..(memang takde duit)..
semalam abis je kelas,terus naik bas ngan kawan ak pergi Penang Road
beli barang2 untk rmh sukan
letih sangat...
kalau nak shopping kat Penang Road,kena jalan la ckit..tapi berbaloila, sebab barang kat ctu murah
pastu pergi plak ngan orang Penang kan...bolehla tawar-menawar


sampai je kat Penang Road,kami naik bas free untk ke ke Padang Kota,
sebab takde bas direct dari Recsum ke Padang Kota..
pastu patah balik ke Penang Road...
perut dah berbunyi,so kenalah cari tempat nak makan..
taklah susah sangat nak cari kedai makan kat ctu..
jalan ckit je, nampakla REstoran Line Clear..
restoran ni agak tersorok ke dalam..
so,kenalah masuk dalam..
takde aircond.open air..tapi ada kipasla...
sampai je kat ctu, aku "keblurran".
sebab tuan kedai cakap dalam bahasa Tamil.tapi ni restoran mamakla..
tiba2 kawan ak gelak,
ooo..patutla,Nisha faham apa yg diorang ckp.

pastu kami order nasi putih ngan ayam goreng,kuah campur..harganya RM 5.40.
agak berbaloi,sebab ayam dia besar dan rasa dia punya rempah...
pastu kawan ak order cendol.dan ak order ABC.RM 2.00 setiap satu..
cendol dia sedap...ABC tu o.k.la..
nisha ckp ABC kat ctu paling famous.tuan punya ABC tu sepupu mak dia..
pastu ak sempat tngk kat dinding kedai tu...rupanya kedai ni memang famous..sabab ramai jugak orng2 famous yg dah datang makan kat ctu..
antaranya, jehan miskin, raja azura,dan ramai lagi...(ak pun dah tak ingat)..

pastu pergila Mydin nak beli bunga mangga,
selesai beli brng kat Mydin, jalan lagi pergi ke Kamdar nak beli kain nak buat kain rentang..
jalan punya jalan ...ahhh zohor, lupa plak bila dah shopping nih.cepat2 kami jalan pergi ke masjid.
jarak antara kedai dengan masjid2 agak jauhla..
sebab tula kami terpaksa pergi beli brang dulu barulah solat...


sebenarnya ak dah lama nak makan nasi kandar kat Restoran Kapitan,,
tapi tak berkesempatan lagi.
takpelah, lgpun ak kat Penang ni 4 thn lagi.masih ada masa lagi nak jalan2.
plan sblm raya lagi.
tapi tak pernah menjadi.
biasalah...manusia hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan.

Isnin, 18 Oktober 2010

untittled

bismillahirrahmanirrahim..

tak tahu sebenarnya nak tulis apa + malas nak menulis..
semalam group punya oral...aduss hancus..
memang tak puas hati
timing cepat sngt dan penyusunan tak teratur
malas nak komen benda yg dah lepas
ari ni individual, harap dapat buat lebih baik lagi.


bangun pagi2 tak tahu nak buat apa, so buka la laptop ni.
tengoklah ak punya blog,
kononnya nak ubah design, ntah jadi apa
last2 ak biarkan saja mcmni.hodoh benar rupanya.nak baca pun tak lalu.
tengoklah kalau ak rajin, ak ubah balik.











ak telah berjaya menutup terus twitter punya account.
twitter ni lain ckit,ak ingat boleh deactivate balik, tp takleh rupanya,
kalau nak, kena sign up balik,
baguslah....

fb ak dah deactivate,sama gak ngan formspring,
takde pekdah langsung,
tinggal je blog kesayangan ak nih.walaupun ak malas nak menulis,tp kadang2 ak bukak gak,
blog walking.....seriously buka blog ni banyak memberi faedah kat diri ak.
terutamanya blog walking kat blog islamik,, dapat menambah ilmu pengetahuan.
selain itu, ade blog politik,kadang2 tu kita dapat tahu kebenaran yg sebenarnya bila baca blog macam nih.berita yg ade kat paper bknnye leh caya sngat.kadang2 jauh tersasar mcm langit ngan bumi,

bila ak review balik sebab ak buka blog nih, rasa cam kelakar plak.
sebenarnya ak nak follow blog kawan ak,blog dia islamiklah.
tp ak tak nak dia tahu,
pastu bila dah lama2 camni, barulh ak sedar kalau ilmu tu takde, camne nak kongsi ngan orang lain,nak harapkan ak baca buku,huh..buku wajib ada atas meja ak ni pun last minute nak exam baru ak baca,fizik,kimia, bio.


apa yang ak dah merepek nih????
haiyya...
ak rasa satakat tu saja...
sekian, ana mengundurkan diri..(aik, sejak bila plak ak guna 'ana' nih?)
terima kasih.

Rabu, 13 Oktober 2010

sambungan

minggu yang penuh dengan keresahan sudah berakhir...aminnn.

ari ni ak nak crita pasal "apa yang TIDAK patut dilakukan untuk menurunkan berat badan"

1. jangan asyik kata "saya akan bermula pada esok", tapi katakan bahawa saya akan bermula pada hari ini, saat ini jua.
(keazaman dalam diri sngat penting)

2. jangan makan makanan ringan yg terlalu banyak. jngn mdh terpengaruh ngan promosi yg ada kat pasarraya,percayalah..ak dah kena..mula2 nak beli oat je.pastu ha...PROMOSI SEMPENA DEEPAVALI... 2 for RM5. biskut tiger,mister potato, chipsmore...palagi....telah menjerat diriku...sedar2 dah satu beg dah penuh..

3. jangan sesekali mengabaikan makanan anda,,,nak diet pun kena mkan gak,,tp kena control..lebih2 lagi breakfast...kata ong putih,,breakfast like a king,

4. jngan makan kerana anda letih, @ stress, sebaliknya krn lapar.

5. timbang berat anda setiap hari, nasib baiklah TESCO agak jauh...nak tmbang,20$...

sekian saja...

Rabu, 6 Oktober 2010

bola baling...

seronoknya main bola baling..
walaupun ak tak reti main tapi ak try jugak..
"af..takleh ada 2 orng dalam garisan D"..pekik ref kat ak..hehe..
susah gak jadi goal keeper neh..tiba2 jadi blurr plak time bola nak masuk..

tp ak tabik spring ah kat team ak yg ke2,a.k.a. classmate ak syaz dan rumatenyer..nadia
walaupun korang tak menghadiri kursus tu dngn spnhnya..tapi korang hebatlah..


yg penting, berani untuk mencuba dan jangan takut.
jngn malu untuk belajar, kelak kita jua yg akan rugi
jadikanlah apa yg kita lalui sebagai pengalaman yg berguna untk masa hadapan


untuk menghasilkan memori yang indah,
ciptalah ia mengikut rentak dirimu.
sekian,terma kasih ...B-)