Memaparkan catatan dengan label letih:(. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label letih:(. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Oktober 2010

jalan2....

assalamualaikumm.........

gatal plak tangan nak menaip.
pagi tadi baru je berlangsungnya hari sukan IPG Kampus Pulau Pinang,
tahun ni buat kat IPG je, jimat duit..(memang takde duit)..
semalam abis je kelas,terus naik bas ngan kawan ak pergi Penang Road
beli barang2 untk rmh sukan
letih sangat...
kalau nak shopping kat Penang Road,kena jalan la ckit..tapi berbaloila, sebab barang kat ctu murah
pastu pergi plak ngan orang Penang kan...bolehla tawar-menawar


sampai je kat Penang Road,kami naik bas free untk ke ke Padang Kota,
sebab takde bas direct dari Recsum ke Padang Kota..
pastu patah balik ke Penang Road...
perut dah berbunyi,so kenalah cari tempat nak makan..
taklah susah sangat nak cari kedai makan kat ctu..
jalan ckit je, nampakla REstoran Line Clear..
restoran ni agak tersorok ke dalam..
so,kenalah masuk dalam..
takde aircond.open air..tapi ada kipasla...
sampai je kat ctu, aku "keblurran".
sebab tuan kedai cakap dalam bahasa Tamil.tapi ni restoran mamakla..
tiba2 kawan ak gelak,
ooo..patutla,Nisha faham apa yg diorang ckp.

pastu kami order nasi putih ngan ayam goreng,kuah campur..harganya RM 5.40.
agak berbaloi,sebab ayam dia besar dan rasa dia punya rempah...
pastu kawan ak order cendol.dan ak order ABC.RM 2.00 setiap satu..
cendol dia sedap...ABC tu o.k.la..
nisha ckp ABC kat ctu paling famous.tuan punya ABC tu sepupu mak dia..
pastu ak sempat tngk kat dinding kedai tu...rupanya kedai ni memang famous..sabab ramai jugak orng2 famous yg dah datang makan kat ctu..
antaranya, jehan miskin, raja azura,dan ramai lagi...(ak pun dah tak ingat)..

pastu pergila Mydin nak beli bunga mangga,
selesai beli brng kat Mydin, jalan lagi pergi ke Kamdar nak beli kain nak buat kain rentang..
jalan punya jalan ...ahhh zohor, lupa plak bila dah shopping nih.cepat2 kami jalan pergi ke masjid.
jarak antara kedai dengan masjid2 agak jauhla..
sebab tula kami terpaksa pergi beli brang dulu barulah solat...


sebenarnya ak dah lama nak makan nasi kandar kat Restoran Kapitan,,
tapi tak berkesempatan lagi.
takpelah, lgpun ak kat Penang ni 4 thn lagi.masih ada masa lagi nak jalan2.
plan sblm raya lagi.
tapi tak pernah menjadi.
biasalah...manusia hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan.

Selasa, 24 Ogos 2010

tengah2 bulan....B-)

Assalamualaikum...
Sungguh sibuk rasanya kebelakangan ini..
Maklumlah semua kena antar sebelum raya;;
Aduh,tensennya!

Bulan puasa nie memang banyak dugaannya
Duit pown dah nak kering
Tapi,ALLAH itu MAHA KAYA..
"Nak print?". seorang perempuan yang ak kenali bertanya,
"Masuklah",jawabku mesra(koya..)
Aku bukannya buka kedai printer
Tapi kebetulan ak bru bli printer,
Kawan2 plak mntk tlng print, so ak on je.
Bab2 harga ni ak tak berkira sangat
Yang hitam putih, 10$, o.k. tak?
Yg berkaler pulak 20$ kalau ckit kalernye
kalau banyak 50$.

Duit2 ak smpn,
kot2la ada emergency(mcm skang ni..)
Lagipun ak buka puasa kat surau.jimat ckt "bank" ak
tp 2 bkn niat utama
Yg pntng masa buka puasa kat surau2.
happening
kawa2 pun ramai
makan dalam dulang.
1 dulang 3@4 orng

kalo kat rumah takkan nak makan ngan dulang kot!
nanti tak pasal2 mak ckap "dah buang tabiat ke budak ni?"

Ari ni dah 15 Ramadan
10 ari terakhir ni sangat2 digalakkan memperbanyakkan amalan
ak pun berharap ak dpt terus buat apa yg ak sedng buat kat hostel ni bila sampai rumah nanti...Amiiiinn....